[INFO] Apa dia "Battery Calibration"


Assalamualaikum para pembaca,

Sejak kebelakangan ini saya melihat ramai yang tertanya-tanya berkenaan Battery Calibration atau dalam Bahasa Melayu nya Bateri Kaliberasi (Menentu Ukur) sama ada ianya perlu atau tidak? Adakah ianya betul atau tidak? Atau ianya hanya kata-kata kosong sahaja? Mari kita cuba fahami apa dia yang dikaitkan dengan Battery Calibration.

Apa itu Battery Calibration?

Ianya bermaksud sesuatu teknik yang digunakan untuk mengembalikan bacaan sebenar atau meter bateri pada peranti anda. Jadi ianya bukan untuk mengekalkan jangka hayat bateri anda 100% seperti anda baru beli peranti anda. Contohnya permulaan battery anda kapasiti yang betul adalah 100%, tetapi setelah digunakan pada beberapa tahun pasti ianya akan menurun, mungkin 90, 80, 70 peratus dan seterusnya.

Tidak kiralah anda menjaga bateri anda sebaik mana pun pasti perfomance nya akan menurun atas faktor penggunaan, jangka hayat, dan haba. Kebiasaannya jenis bateri yang sesuai untuk melakukan teknik adalah bateri jenis "Lithium-ion polymer" kerana ketumpatan kuasa yang lebih tinggi daripada bateri jenis berasaskan Nickel iaitu NiCd bateri.

Lithium-ion polymer batteries pack in a higher power density than nickel-based batteries. This gives you a longer battery life in a lighter package, as lithium is the lightest metal. You can also recharge a lithium-ion polymer battery whenever convenient, without the full charge or discharge cycle necessary to keep nickel-based batteries at peak performance. (Over time, crystals build up in nickel-based batteries and prevent you from charging them completely, necessitating an inconvenient full discharge.) Source: Apple/Batteries.

Power loss through Protection Circuit

Besides common aging, a Li-ion battery can also fail because of undercharge. This occurs if a Li-ion pack is stored in a discharged condition. Self-discharge gradually lowers the voltage of the already discharged battery and the protection circuit cuts off between 2.20 and 2.90V/cell. Some chargers and battery analyzers (including those from Cadex) provide a wake-up feature, or “boost,” to re-energize and recharge these seemingly dead Li-ion batteries.  Source: batteryuniversity.

Anda perlu bezakan pemahaman paparan meter bateri pada peranti dengan kapasiti sebenar yang ada dalam bateri tu. Mungkin pada permulaan kapasiti bateri dan meter bateri yang ditunjukkan dalam peranti anda, perubahan tidak ketara. Saya buat contoh untuk anda dapat lihat jika anda lakukan proses calibration atau tidak lakukan.

Melakukan Proses Calibration secara berkala dalam 3-6 bulan sekali.
*Harus diingatkan penggunaan peranti hendaklah sekata dan ambil kiraan purata selama sebulan.

Sebulan Pertama.

Battery 100% - Penggunaan 10 Jam.

Selepas 6 Bulan

Battery 100% - Penggunaan 8 Jam

Cukup 0% dan anda tau penggunaan lebih kurang 8 jam, peranti anda akan terpadam. Maka meter bateri anda di tahap yang betul.

Apa yang akan terjadi jika anda terus menerus menggunakan bateri anda tanpa melakukan calibration?

Meter bateri anda akan jadi tidak menentu. Contohnya anda baru charge dan penuh 100%. Selepas 3 jam meter anda menyatakan 30% tetapi masih boleh melakukan kerja sehingga mencecah 5-7 jam dan ada sesetengah kes meter bacaan semakin kritikal. Iaitu di mana kapasiti sebenar sudah mencapai tahap yang paling rendah iaitu 5% dan ke bawah. Tetapi meter menunjukkan masih ada 30%. Kemudian secara tiba-tiba peranti anda terpadam.

Maka itu adalah gejala-gejala bacaan meter bateri tidak selari dengan kapasiti bateri anda. Jadi saya harap anda telah jelas apa fungsi teknik ini di wujudkan sebenarnya.

Bagaimana untuk melakukan teknik ini dan bilakah masa yang sesuai?

Untuk melakukan teknik ini kebiasaannya akan dilakukan lebih kurang 30-40 hari sekali dan ada juga sesetengah pengeluar mengatakan 2-3 bulan.

Ada dua jenis cara teknik calibration ini, iatu Basic Calibration atau Manual Calibration. 

Basic Calibration adalah anda menggunakan perisian atau aplikasi yang telah tersedia di dalam peranti anda. Contohnya :-


Selalunya aplikasi akan ada pada perisian battery management atau manager anda.

Manual calibration adalah melakukan proses ini secara manual tanpa menggunakan mana-mana perisian.

Kebiasaanya yang saya lihat pengeluar akan menyatakan proses secara manual adalah.

1) Charge bateri anda sehingga 93% dan ke atas. (100% Recommended)
2) Cabut dari socket dan biarkan ianya turun dengan sendiri sehingga peranti anda terpadam. Ada sesetengah pengeluar mengatakan biarkan sehingga peranti anda dalam keadaaan sleep atau hibernate.
3) Sambung balik charger atau adapter anda dan charge sehingga 100%.
4) Proses calibrating selesai.

*Diingatkan setiap pengeluar mungkin mempunyaI cara yang berbeza atau untuk calibrating bateri. Atau anda boleh Google untuk mencari cara yang sesuai dengan peranti anda.

Harap dengan sedikit ilmu yang saya dapat kongsikan dengan anda, dapat membuatkan anda semua jelas konsep sebenar teknik "Battery Calibration".

Segala kesalahan info atau kesalahan ayat. Harap maaf dari saya. Mohon perbetulkan di ruangan komen.

Terima kasih.

Kredit Info dari Lifehacker, How To Geek, dan MyGeekOpnions.
Pecah Kaca Pecah Gelas.. Haa Dah Baca Boleh La Balas...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul