Tugasan UKM


    Izzul Akmal Biodata (Sila Klik)



Tugasan Video Kumpulan (Homeless in Kuala Lumpur)



Tugasan Esei (Kumpulan)


Tugasan 10 Gambar Inovasi

1. MWC 2016 : Pita Pengukur Pintar Bagel



Pita pengukur terdapat dalam pelbagai variasi. Ia juga mengikut kegunaan penggunanya. Pita pengukur untuk tukang jahit adalah berbeza dengan pita pengukur yang digunakan oleh tukang kayu. Bagel mencipta pita pengukur pintar ini bagi memudahkan sesiapa sahaja yang selalu memerlukan ukuran melaksanakan tugas tersebut.

Pada badan peranti ini, terdapat butang mod ukuran, hujung pita pengukur untuk mod ukuran menggunakan pita pengukur, sensor inframerah bagi pengukuran secara laser, dan tayar yang boleh mengukur mengikut golekan. Pengukuran dilakukan dengan tiga pilihan mod pengukuran. Mod ‘Tape’ membolehkan pengukuran dilakukan menggunakan pita pengukur, mod ‘Wheel’ membolehkan ukuran disukat mengikut jumlah jarak golekan oleh tayar pada badan bawah peranti ini, dan mod ‘Laser’ membolehkan pengukuran dari jarak peranti kepada objek legap diukur mengikut cahaya inframerah.

Sesudah pengukuran dilakukan, panel LED yang menunjukkan ukuran akan berkelip, menandakan pengukuran tersebut telah direkodkan. Pengguna juga boleh menandakan ukuran tersebut menerusi rakaman suara. Ukuran yang telah dilakukan akan dihantar kepada aplikasi pintar, dan memudahkan pengguna melihat semula kesemua ukuran tersebut. Dengan aplikasi tersebut, pengguna tidak perlu risau akan kehilangan data ukuran, dan peranti ini semestinya memenuhi kehendak pengguna yang kerap mengukur sesuatu.

Pita pengukur pintar dari Bagel Labs ini masih sedang dalam proses prototaip, dimana didalam video dan gambar diatas ia hadir pada warna putih dengan rekaan yang lebih mesra kepada semua pengguna. Rekaan yang dijangka akan hadir ke pasaran pada bulan Jun menerusi halaman Kickstarter pula dilihat lebih menyerupai pita pengukur yang kerap digunakan oleh tukang kayu.

                                                                   Sumber Rujukan


2. Skylights Theater – Sistem Hiburan Realiti Maya Di Dalam Pesawat


Peranti realiti maya ialah teknologi yang dijangka meletus pada tahun 2016. Pelbagai peranti maya untuk kegunaan permainan video dan juga kegunaan riadah mula membanjiri pasaran. Pasaran peranti realiti maya dijangka mencecah $70 Billion menjelang 2020. Buat masa ini peranti realiti maya masih belum digunakan secara meluas. Skylights Theater, sebuah syarikat dari Perancis cuba menjadikannya lebih popular dengan memperkenalkannya sebagai pengganti sistem hiburan di dalam pesawat.

Peranti realiti maya Skylights Theater mempunyai skrin dengan resolusi 720P. Ia mampu digunakan selama 8 jam sebelum perlu dicas dan mempunyai storan mencukupi untuk 40 filem pada resolusi HD. Penumpang boleh memilih untuk menonton filem secara 2D ataupun 3D. Sistem Skylights Theater kini sedang diuji di dalam pesawat penerbangan murah XL Airways yang tidak mempunyai sistem hiburan pada setiap tempat duduk penumpang. Peranti ini disewakan kepada penumpang yang mahu menonton rancangan hiburan sepanjang perjalanan.

Sumber Rujukan: VRWorld


3.Prototaip Peranti Pintar Dengan Panel Solar Terbina Pada Skrin Diperlihatkan Kyocera




Kyocera ialah syarikat yang terkenal di Jepun dengan inisiatif membangunkan infrastruktur sumber tenaga mesra alam. Mereka sedang membina stesen janakuasa solar terbesar di Jepun yang mempunyai keluasan 180 000 meter persegi. Ianya dibina di atas permukaan tasik yang terhasil akibat pembinaan sebuah empangan. Apabila siap pada tahun 2018, “ladang solar” ini akan menghasilkan tenaga bersih untuk 5000 buah rumah di wilayah Chiba. Penglibatan mereka di dalam penghasilan peranti pintar agak terhad. Peranti mereka yang paling dikenali ialah Echo yang mempunyai dua skrin berlipat seperti buku. Tahun lalu mereka menghasilkan peranti tahan hakisan air laut dan sebuah lagi yang boleh dibasuh dengan sabun.

Di MWC2016 mereka mempamerkan prototaip peranti dengan skrin solar yang terbina pada skrin peranti. Ya skrin peranti pintar ini mempunyai panel fotovoltaik terletak di antara skrin LCD dan lapisan digitiser skrin sesentuh. Menurut Kyocera dengan pengecasan selamat 3 minit, peranti boleh digunakan untuk melakukan panggilan telefon selama 1 minit. Prototaip ini direka untuk kegunaan mereka yang kerap bekerja di luar dan tidak mempunyai akses kepada sumber elektrik. Prototaip skrin peranti dengan panel solar terbina ini masih lagi di peringkat ujian dan masih belum bersedia untuk kegunaan komersial. Sekiranya dijual kelak ia pastinya berguna untuk situasi kecemasan ketika berkhemah ataupun ketika bencana banjir.

Sumber Rujukan: Gizmag


4.Robot Pengutip Sampah Seakan Wall-E Diperlihatkan Oleh Volvo



Robot dijangka menggantikan 5 Juta pekerjaan manusia menjelang 2020. Antara kerja yang akan diambil alih ialah pekerjaan kolar putih di pejabat. Di Sweden pekerjaan yang mungkin tidak akan lagi dilakukan oleh manusia ialah sektor pelupusan sampah. Robot-based Autonomous Refuse handling (ROAR) ialah prototaip robot pengutip sampah seakan Wall-E yang baru sahaja diperlihatkan oleh Volvo. Robot ini menggunakan sistem GPS dan LiDAR untuk mengesan kedudukan tong sampah sebelum mengosongkannya ke dalam lori sampah.

ROAR berfungsi secara berpasangan dengan sebuah dron quadrotor yang terlebih dahulu melakukan imbasan kawasan pengutipan sampah. Imej yang diambil kemudian dihantar ke ROAR dan robot ini akan mengenalpasti tong sampah yang perlu dikosongkan. Robot pengutip sampah ini dihasilkan dengan kerjasama Chalmers University of Technology, 

Mälardalen University dan Penn State University. Kepada pekerja pengumpul sampah anda tidak perlu risau tentang masa depan kerjaya anda  dalam masa terdekat. ROAR masih lagi di peringkat percubaan dan tidak mampu melakukan tugas mengutip sampah sehandal manusia. Pekerjaan seperti ini menurut kerajaan tidak menarik minat rakyat Malaysia. Oleh itu sekurang-kurangya di Malaysia robot tidak akan menggantikan manusia sebaliknya jutaan pekerja asing akan menggantikan pekerja tempatan buat masa ini.

Sumber Rujukan: Volvo


5.Kid Lid – Kerangka Menghadkan Penggunaan Peranti iOS Untuk Kanak-Kanak



Peranti iOS amat mudah dipelajari dan mengikut kajian seorang bayi berumur dua tahun mampu menggunakannya tanpa masalah. Sebagai seorang bapa seorang puteri berusia setahun setengah kami bersetuju dengan kajian ini. Walaupun masih belum petah berjalan dan pantas berlari, si kecil ini mampu melancarkan aplikasi dan melakukan nyahkunci pada iPad yang dimainkannya. Kerap kali kami mahu hanya satu aplikasi dimainkan oleh si puteri tetapi butang home kerap kali ditekan dan aplikasi bertukar-tukar tanpa kebenaran. Dengan Kid Lid masalah yang menghantui ibu bapa dengan anak kecil dan peranti iOS dapat diselesaikan.

Kerangka ini mempunyai panel bawah yang menutup butang home. Ini memastikan si kecil tidak akan hanya dapat memainkan aplikasi yang dibenarkan dan tidak boleh melakukan pertukaran aplikasi dengan menekan butang home. Apabila ibu bapa ingin menggunakan peranti mereka semula, bahagian dagu kerangka yang menutup butang home boleh diputar bagi mendedahkan semula butang home ini. Kid Lid direka untuk iPhone dan juga iPad. Selain sistem menutup butang home, keseluruhan kerangka diperbuat daripada bahan tahan hentakan bagi mengelakkan peranti mengalami kerosakan sekiranya terjatuh ketika digunakan. Kerangka ini adalah evolusi dari Kid Lid asal yang direka untuk menutup papan kekunci sebuah MacBook. Harga jualan bermula dari $10 (~RM 42) sebuah.

Sumber Rujukan: Kid Lid


6.Mi Powerbank Pro Dilancarkan – Menyokong Sambungan USB-C



Peranti dengan USB-C semakin banyak di pasaran tetapi aksesori untuknya kami dapati masih sukar dimiliki. Sekiranya anda memiliki sebuah Nexus 6P misalnya, kabel pengecas peranti ini menggunakan USB-C pada kedua-dua hujung wayar. Jika anda ingin menggunakan sebuah powerbank, anda perlu membeli sebuah penyesuai USB-C ke USB-A untuk menggunakannya. Menyedari masalah ini Xiaomi mengumumkan Mi Powerbank Pro yang mempunyai sambungan USB-C terbina.

Powerbank dengan kapasiti 10000 mAh ini turut mempunyai sebuah lagi port USB-A supaya anda masih boleh menggunakannya untuk peranti tanpa USB-C. Sokongan pengecasan pantas membolehkannya mengecas peranti dengan pantas dan dicas semula dalam masa hanya 3.5 jam. Walaupun mempunyai kapasiti bateri yang besar, saiz Mi Powerbank Pro adalah sama dengan saiz Mi Powerbank 5000 mAh sebelum ini. Harga jualan ialah RMB 149 (~RM 93) sebuah.

Sumber Rujukan: Miui


7.Toyota Hadir Dengan Project BLAID Untuk Membantu Orang Buta



Toyota mempunyai beberapa projek menarik selain daripada untuk pengangkutan, dan terkini mereka telah mengumumkan projek yang dinamakan sebagai Project BLAID.

Project BLAID ingin membantu orang buta atau mereka yang mempunyai masalah penglihatan. Untuknya, ia hadir dengan sebuah peranti yang dipakai pada bahu, dan ia disertakan dengan kamera terbina untuk mengesan objek dan tanda dihadapan bagi memudahkan pemakai untuk mengenal-pasti apa dihadapan dan apa yang dinyatakan oleh sesuatu tanda – sebagai contoh tanda pada pintu tandas dan sebagainya.

Peranti ini boleh dikawal menggunakan input suara, dan ia memberikan maklumbalas dalam bentuk haptic kepada pemakai. Secara kasar, peranti ini akan mengimbas persekitaran dan memberitahu anda apa yang anda lihat.

Toyota mengatakan mereka merancang untuk menambah lebih banyak sokongan padanya, termasuk teknologi pengecaman wajah. Project BLAID ini lebih kepada menyelesaikan beberapa masalah yang tidak diatasi untuk peranti sedia ada bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan.
Projek ini masih dalam pembangunan buat masa ini, dan percubaannya dijangka dimulakan tidak lama lagi.


Sumber Rujukan: 


8.Mesin Salinan Xerox Mengalih Bahasa Dokumen Dicetak Secara Automatik



Mesin salinan ialah sahabat baik semua pelajar di kolej. Ribuan helai nota kelas, tugasan dan lirik lagu dicetak menggunakannya di makmal kolej. Itulah kegunaannya setiap hari. Mencetak apa yang dimahukan oleh manusia tanpa mengenal lelah. Di Xerox mereka mahu menghasilkan mesin cetak yang boleh melakukan lebih daripada itu.

Xerox Easy Translator ialah perisian yang boleh dipasang pada mesin salinan yang mempunyai fungsi ConnectKey. Selepas perisian dipasang, mesin salinan boleh mengalih 30 bahasa secara automatik. Perkhidmatan Easy Translator adalah percuma untuk 30 salinan pertama. Selepas itu bayaran $10 dikenakan untuk 10 salinan. Pengguna boleh membeli pakej secara pukal 100 salinan pada harga $50 ataupun 100000 salinan pada harga $50000.

Sumber Rujukan: Gizmodo


9.Rainpal – Sistem Pengelap Cermin Untuk Topi Keledar Motosikal


Penunggang motosikal ialah golongan yang paling berisiko tinggi ditimpa kemalangan ketika menggunakan jalan raya. Kemalangan boleh berlaku kerana kecuaian peribadi ataupun akibat dilanggar oleh pemandu lain. Oleh sebab itu pelbagai alat keselamatan telah dicipta untuk mengelakkan kecederaan kepada penunggang dan membuatkan penunggang lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Rainpal ialah ciptaan baru yang mengelap cermin pada topi keledar motosikal ketika hujan.

Ia hanya perlu dipasang pada bahagian cermin muka topi keledar dan beroperasi menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas menggunakan USB. Bateri ini membolehkan Rainpal beroperasi selama 90 minit di dalam mod pantas dan 180 minit sekiranya pengelap beroperasi setiap dua saat. Ia juga telah diuji dan akan kekal melekap pada top keledar sehingga kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. Rainpal masih mengumpul dana dan dijual pada harga £49  (~RM 286) sebuah.

Sumber Rujukan: Rainpal


10.   ICECool – Sistem Penyejukan Cecair Terbina Pada Cip Pemproses


Cip pemproses ialah otak kepada peranti pintar. Kerana banyak “berfikir”, komponen akan mengeluarkan haba yang banyak. Oleh itu sistem penyejukan yang baik diperlukan bagi memastikan peranti berfungsi secara optimum dan mengelakkan kerosakan kepada komponen yang lain. Sistem penyejukan cecair dahulunya digunakan hanya pada komputer kerana memerlukan kolam takungan air yang besar.

Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini versi miniatur penyejukan cecair mula wujud seperti yang dihasilkan oleh Fujitsu. Ia telahpun digunakan pada peranti seperti Lumia 950XL.

Di Lockheed Martin, sebuah sistem penyejukan cecair baru sedang dibangunkan dan ia terbina di dalam cip pemproses itu sendiri. Cip ini dibangunkan di bawah projek Inter/Intra Chip Enhanced Cooling (ICEcool) kelolaan DARPA. Sistem penyejukan ini meletakkan cecair bersaiz mikro di di antara lapisan cip pemproses. Rintangan akibat pemanasan dapat dikurangkan sebanyak empat kali ganda dan output pemproses meningkat sebanyak enam kali ganda berbanding sistem penyejukan konvensional. Dengan ICEcool saiz cip dan peranti akan dapat dikurangkan kerana tiada lagi keperluan menggunakan kipas serta penenggelaman haba yang besar.

Sumber Rujukan: Lockheed Martin


Tugasan 10 Video Inovasi


1. Eero – Wi-Fi System


2. Hackaball – Bola Permainan Pintar



3. Pita Pengukur Pintar Bagel



4. The Future of in-Flight Entertainment



5. Kyocera Brigadier – Peranti Pintar menggunakan solar



6. Project Blaid – Use for blind people



7. Xerox Easy Translator – Mesin Translate



8. RainPal – Wiper untuk helmet



9. Adobe Ink and Slide – Stylus for drawing



10. VR Cardboard – Untuk Realiti Maya




Tugasan Bahan Bantu Mengajar


Menggunakan kertas keras dari kotak terbuang. Cikgu hanya perlu mencetak semula bahan-bahan dari laman ini >> SparkleBox. Teknik ini dipanggil Flash Card sesuai untuk kanak-kanak normal dan autisme.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Member of The Internet Defense League

Kenali Penulis

Muhd Izzul